Salam n Happy Monday....
Hari ni nak cite sikit tentang aktiviti di hujung minggu.
Aktiviti yang paling utama adalah balik kampung..
Sampai2 je park kereta kat tempat biasa..
Keluar je dari kereta dah ada yg menyambut kepulangan ku..haha
Sape lg klu bukan buah hati pengarang jantung..
3 org anak angkat yg sgt2 comel n nakal...Melisa-8, Miya-6, Marshanda-1thn 3bln...
Aku pun gi la ambik si Marshanda tu, peluk cium dia puas2 smpi dia nagis...
Aku memang suka buat dia nagis, sebab dia comel sgt bila nagis..hehe
Siap je aku loding barang kuar dari kereta aku terus gi rumah budak 3 org tu...
Tujuan utama sbb nak bincang pasal aktiviti utk esok dgn mama dorg...
Bincang pnya bincang xsedar jam dah kul 12tgh mlm..
Mama dia soh aku tido umah dorg je memandangkan husband dia xde kat umah..
Aku pun on jela..
Antara isi kandungan perbincangan kami adalah nak pegi butik pengantin..
Kononnya nak usha2 harga pakej2 dorg je dulu..
Esoknya jam 10.30 aku, mama kpd ank2 angkat aku, n sepupu aku pg la
kat butik yg kitorg dah usha tu..
Staff butik tu layan la kitorg ni dgn sabar n ramahnya...
Sbb kitorg tnya mcm2 kat dia...Tgk pada pakej yg butik tu ada mmg sgt2 la
lari dari bajet aku yg sgt2 ciput ni..Tp setelah di bincang2kan dapat la kata sepakat..
Aku just ambik Pelamin je kat butik tu..
Walaupun lari bajet tp aku suka ngn design pelamin aku tu...
Lepas dah isi borang, sain2 siap...Kami pun meneruskan aktiviti seterusnya iaitu
mencari MUA plk...disebabkan kat butik yg aku ambik pelamin td MUA dia mahal..
Aku buat keputusan nk cari kat tempat lain...Kami pun pg la kat butik yg makeup aku time bertunang dulu..
Bincang punya bincang dgn MUA tu, dia setuju nk makeupkan aku..
Siap bg special price lg...Murah sgt2..Time tu baru rasa menyesal tak pg kat butik dia dulu td..
Tapi nak buat mcm mna kan "terlajak perahu blh la nk undurkan blik" ni dah terlajak 'sain'
duit xleh amik balik...Hhhhuuuuaaaarrrr!!!!(frust)
Dah selesai 2 perkara tu kami pun balik la rumah..
Sampai je terus masuk bilik n termenung...
Tak sampai setengah hari duit gaji aku bulan lepas dah habis...Hhhhhhuuuuaaarrrr!!!(frust lg....)
Ape pun hati dah lega sikit sebab 2 benda penting dah selesai...Tak yah fikir2 lagi dah..
Sekarang ni fokus tang persalinan pulak...
Nk gambar ke? nanti2 la ek.... ;-)
Moral of the story : *jgn buat keputusan terburu2..
*survey dulu semua butik yg ada..
*bandingkan harga n service..
*fikir masak2 + ikut kemampun anda k....