Thursday, 17 January 2013

Tutorial Bunga telur tisu...

Hai all...

Sebelum ni aku ada buat entry tutorial nak buat bunga tisu kan...
So mcm mna?Dah ada yg cuba ke buat bunga tisu tu...
Yg mana dah berjaya mencuba tu aku ucap tahniah...
Kali ni aku nak bg tutorial buat bunga telur plk..Guna bunga
tisu yg aku dah buat sebelum ni...

Tapi sebelum tu aku bagi tutorial mcm mna aku ikat riben dulu k..
Riben tu utk letak sekali dgn bunga telur...

Bahan2 yg kita kena ada ialah :
1) reben (35cm panjang)
2)dawai bunga (saiz 26)

aku guna 2 jenis riben...
 Cara2nya :
1) Potong riben 35cm panjang..(Utk 1 bunga telur kena ada 4 riben yg dah siap diikat dawai..)
2) Tindihkan 2 riben yg berlainan tadi dan silangkan..
3) Ambil hujung riben dan tindihkan di bawah silangan yg di buat tadi..
4) Ikat semua riben yg bersilang tadi dgn dawai...

* korg pahamkan..hehe

Seterusnya aku nak cantumkan semua riben ni jadi bunga telur....

ikut step kat bawah ni...
Cara2nya :
1) Ambik sekuntum bunga tisu lilitkan pada lidi bunga menggunakan pelilit bunga..
2) Tambahkan bunga tiruan dan lilit..
3) Letakkan riben yg dah siap tadi..lilit satu persatu sehingga cukup 4..lilitkan dgn kukuh..
5) Letakkan lagi 1 riben ditengah2 lidi bunga tadi dan lilitkan..
6) Letakkan kain net utk sarung telur dibelakang riben no.5 tadi..lilit sehingga kukuh
    supaya tidak tertanggal..pastikan kain net tadi menghala ke atas, supaya bila diletakkan
    telur nanti kain net itu tidak tertanggal...

Mudahkan...
Bagi yg baru nak mencuba sila jgn putus asa...
Selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment